Membeli Buku Secara Online

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:27 AM | | 0 comments »

Ingin mendapatkan buku terbaru tetapi malas hendak pergi ke kedai buku. Maklumlah sekarang kos petrol semakin meningkat. Ada cara mudah membeli buku. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tentang buku terbaru di dalam pasaran. Amat mudah hanya dapatkan maklumat di laman web seperti http://www.e-kedai.net. Anda juga boleh membeli buku yang anda minat secara online. Jangan risau, ianya selamat dan boleh dipercayai. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun bank seperti maybank2u. Buku yang anda pesan terus dihantar ke rumah anda melalui Pos Malaysia. Mudah, cepat dan jimat

Read More......
Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:05 AM | | 1 comments »


Ini adalah gambar SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak.
SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BAHARU, PANTAI REMIS, PERAK DARUL RIDZUAN.

1. PENUBUHAN :

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu telah ditubuhkan pada tahun 1902 atas inisiatif penduduk tempatan yang menyedari tentang kepentingan pelajaran penduduk setempat. Bangunan asalnya berupa bangsal panjang yang didirikan di seberang jalan raya yang bertentangan dengan bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Bangunan ini dibina daripada papan yang beratapkan nipah sahaja.

2. KOS PEMBINAAN :

Tidak diketahui sama ada pembinaan sekolah ini pada peringkat awalnya mendapat bantuan daripada mana-mana pihak selain daripada usaha penduduk tempatan yang mendirikannya secara bergotong royong. Menurut maklumat yang diketahui; Daerah Dindings pada masa itu di bawah pentadbiran kerajaan Negeri-negeri Selat yang beribu pejabat di Pulau Pinang.

3. PENGASAS :

Menurut maklumat yang diperolehi, pembinaan sekolah ini diketuai oleh beberapa orang yang berpengaruh di mukim ini; di antaranya Encik Idris, Encik Awang b. Daud dan Encik Abdul Samad b. Taim( Naib kadi Pengkalan Baharu).

4. PENTADBIRAN :

4.1 Ditadbirkan oleh seorang Guru Besar. Guru Besar yang pertama ialah Encik Abdul Samad dari Pulau Pinang dan dibantu oleh dua orang penolong sekolah yang beribu pejabat di Pejabat Pelajaran Pulau Pinang kerana pada masa itu Dindings adalah di bawah jajahan Negeri-negeri Selat.

4.2 Sebelum Perang Dunia Kedua tiada Lembaga Pengurus di sekolah ini sehinggalah selepas Negara kita mencapai kemerdekaan barulah diwujudkan Ahli Lembaga Pengurus Sekolah yang terdiri daripada 9 orang ahli termasuk seorang Pengerusi.

4.3 Di antara Guru Besar yang pernah mentadbir sekolah ini :
4.3.1 Encik Abdul Samad 1902
4.3.2 Encik Sidek
4.3.3 Encik Abdullah Dahan
4.3.4 Tuan Haji Ahmad
4.3.5 Encik Daeng Abdul Hamid
4.3.6 Encik Ridzuan 1913 -1927
4.3.7 Encik Puteh 1927 -1944
4.3.8 Encik Shafie b Jaafar 1944-1950
4.3.9 Encik Kassim b Saad 1950-1959
4.3.10 Encik Abdul Rashid b P. Othman 1959-1965










Read More......

Selamat Datang ke blog kami

Posted by Pusat Sumber SKPB | 5:40 AM | | 0 comments »

Pada pukul 8.42 malam bertarikh 11 Julai 2008 maka telah wujudlah blog ini.

Read More......