Program Kembara Merdeka Berbasikal

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:39 AM | | 0 comments »


PROGRAM KEMBARA MERDEKA BERBASIKAL


Program Kembara Merdeka Berbasikal SK Pengkalan Baharu telah dapat dijalankan dengan jayanya pada tanggal 27 Ogos 2008. Program kembara tersebut telah disertai lebih kurang 150 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahap 2. Program tersebut telah bermula pada pukul 8.00 pagi di mana pelajar-pelajar yang terlibat dengan kembara telah berkumpul di Dataran Ilmu berserta dengan basikal-basikal yang telah dihias dengan cantik mengikut kreativiti masing-masing. Pada hari ini juga diadakan pertandingan basikal merdeka ceria yang mana hanya sepuluh peserta sahaja yang memenangi pertandingan tersebut.


Program kembara telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Balai Polis Pantai Remis yang mana beliau sendiri telah merasmikan program tersebut dan seterusnya melepaskan peserta-peserta kembara. Sesi kembara telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk PIBG, Pasukan RELA, pihak polis dan ketua-ketua kampung. Peserta-peserta kembara berhenti rehat di Kampung Matang Acheh sebelum meneruskan perjalanan ke Surau Al-Falah, Batu Hampar. Program kembara tersebut telah berakhir pada pukul 12.00 tengahari di perkarangan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu. Peserta-peserta telah dijamu dengan makanan dan minuman sebaik tiba di perkarangan sekolah.
Pada hari yang sama terdapat pertandingan mewarna jalur gemilang bagi pelajar-pelajar tahap 1 dan pelajar yang tidak mengikuti kembara tersebut. Pertandingan tersebut terbahagi kepada 4 kategori iaitu Pendidikan Khas, Pra Sekolah,Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) dan Tahap 2 (tahun 4,5 dan 6). Hanya terdapat 3 pemenang sahaja mengikut kategori masing-masing. Pertandingan tersebut diketuai oleh Puan Norlini bt Mohd Noor dan dibantu pula oleh beberapa orang guru tahap 1 yang lain.


Read More......

Lawatan ke Kedah

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:29 AM | | 0 comments »


PROGRAM BELAJAR SAMBIL MELAWAT KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Program melawat ke negeri Kedah telah diadakan pada 8 November 2008. Program ini disertai oleh murid-murid tahun 6 dan tahun 5, seramai 47 orang. Murid-murid yang terlibat berkumpul seawal 6.30 pagi di kantin sekolah. Mereka telah diberi taklimat oleh En. Zabidi sebelum bertolak. Pada pukul 7.00 pagi, murid-murid mula menaiki bas dan mengambil tempat duduk masing-masing. Pada pukul 7.10 pagi, bas mula bertolak.


Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk singgah di kawasan perhentian Gunung Semanggol untuk sarapan pagi. Perjalanan diteruskan lagi sehingga tiba ke destinasi pertama iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah pada pukul 11.38 pagi. Di sini, murid-murid dapat melihat banyak candi lama. Setelah itu, murid-murid diberi makan tengah hari pada pukul 12.20 tengah hari.

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Muzium Padi. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang satu jam. Pada pukul 2.50 petang , tibalah kami di Muzium Padi. Murid-murid diberi masa selama satu jam untuk melihat pameran yang telah disediakan di situ. Pada pukul 3.50 petang, kami mula bertolak ke destinasi yang seterusnya iaitu Muzium Negeri Kedah.

Murid-murid hanya diberi masa selama setengah jam untuk melihat pameran di situ memandangkan mereka perlu mengerjakan solat jamak Zohor dan Asar di masjid . Setelah selesai mengerjakan solat jamak, perjalanan diteruskan lagi ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Pekan Rabu.

Kami tiba di Pekan Rabu pada pukul 6.00 petang. Murid-murid diberi masa selama satu jam untuk membeli buah tangan untuk keluarga.

Setelah itu, perjalanan diteruskan untuk pulang ke Pantai Remis. Kami singgah sembahyang jamak Maghrib dan Isyak di Hentian Bukit Merah, Semanggol.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di perkarangan SK Pengkalan Baharu tepat pada pukul 12.00 tengah malam.


Read More......

Membuka Akaun Yahoo Mail

Posted by Pusat Sumber SKPB | 10:43 PM | | 0 comments »

Untuk pelajar-pelajar di sini diterangkan cara-cara membuka akaun Email Yahoo secara mudah :
1. Pertama, sila pergi ke laman Yahoo Mail iaitu di :
Https://login.yahoo.com



2. Klik dekat perkataan Sign up.

3. Lengkapkan borang tersebut dengan maklumat seperti nama, jantina dan tarikh lahir. Anda boleh menggunakan maklumat samaran jika tidak mahu maklumat diri anda yang sebenarnya diketahui oleh orang lain.(lebih selamat menggunakan maklumat samaran untuk tujuan keselamatan anda).

4. Sila cipta ID yang anda kehendaki. Anda boleh mencipta apa-apa ID yang anda sukai tetapi pastikan ID tersebut tidak ada orang lain yang menggunakannya. ID yang telah digunakan oleh orang lain tidak boleh digunakan lagi.Untuk memastikan ID yang dipilih tidak digunakan oleh pengguna lain anda boleh menyemak dengan menekan butang ’check’.

5. Langkah seterusnya, masukkan kata kunci (password). Lagi panjang password anda, lagi selamatlah akaun anda. Password anda boleh dicipta antara gabungan huruf dan nombor. Contoh password dfglm4590. Jangan beritahu password anda kepada sesiapa sahaja.

6. Isikan maklumat lain dan kemudiannya sila pastikan anda tandakan / pada pada kotak Do you agree? Dan taip kembali kod yang ditunjukkan.

7. Sila ikuti langkah seterusnya sehingga akaun anda berjaya diaktifkan. Jika para pelajar menghadapi masalah sila minta bantuan daripada guru anda. Selamat berjaya.


Read More......

Kenali Buku

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:16 AM | | 0 comments »

MENGENALI JENIS-JENIS BUKU

• Buku Fiksyen
• Buku Bukan Fiksyen
• Buku Rujukan

Buku Fiksyen

• Buku Fiksyen Melayu
• Buku Fiksyen Inggeris

Buku Bukan Fiksyen

• Karya Am
• Falsafah
• Agama
• Sains Kemasyarakatan
• Bahasa
• Sains Tulen
• Teknologi
• Kesenian
• Kesusasteraan
• Sejarah & Geografi


Buku Rujukan

Buku Rujukan Umum : -
Karya Am - 000 - 099
Falsafah - 100 - 199
Agama - 200 - 299
Sains Kemasyarakatan - 300 - 399
Bahasa - 400 – 499
Sains Tulen - 500 - 599
Teknologi - 600 - 699
Kesenian - 700 - 799
Kesusasteraan - 800 - 899
Sejarah & Geografi - 900 - 999
Buku Rujukan Am

Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Antara buku rujukan am adalah:-

Almanak

Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalendar tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca.

Atlas

Atlas merupakan buku yang mengandungi peta-peta, gambar rajah dan fakta-fakta dan data-data tentang sesuatu tempat; sesebuah tempat dan pelbagai maklumat lain berkenaan dengan sesebuah negeri atau Negara tertentu yang terdapat di seluruh dunia. Atlas mengandungi indeks yang memberikan baris-baris grid dan koordinasi untuk mencari lokasi tempat atau menentukan tempat-tempat berkenaan.

Direktori

Direktori adalah buku yang memuatkan maklumat tentang orang ramai, tempat, organisasi, individu, keahlian, data organisasi, alamat dan nombor telefon. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau perkara.

Ensiklopedia Umum

Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir. Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Gazetir

Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah, perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat. Gazetir disusun mengikut abjad.

Kamus

Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti definisi, makna, asal-usul, sebutan, suka kata, tatabahasa, penggunaan dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.

Buku Rujukan Khas

Buku-buku Rujukan Khas memberi maklumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Antara buku rujukan khas adalah :

Abstrak

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal.

Bibliografi

Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang disusun mengikut nama pengarang,judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian akhiran sesebuah bahanpenerbitan bercetak. Bibliografi
mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan.

Biografi

Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu.

Ensiklopedia Khusus

Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.

Glosari

Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. Apabila pembaca membaca sesebuah buku, banyak perkataan baru akan ditemui. Untuk memahami maksud perkataan-perkataan tersebut, pembaca boleh merujuk halaman glosari di bahagian akhiran buku bukan fiksyen. Halaman glosari akan menerangkan maksud perkataan-perkataan baru yang terdapat dalam buku yang dibaca. Halaman ini mengandungi perkataan-perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempunyai makna tertentu di dalam buku yang ditulis oleh pengarang.

Indeks

Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.

Istilah

Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.

Read More......

NILAM (NADI ILMU AMALAN MEMBACA)

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:21 AM | | 1 comments »


PENGENALAN
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.


• Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan.

• Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.‘
PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mestilah berupa paksaan yang berterusan.

MATLAMAT NILAM

Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

OBJEKTIF
• Menjadikan murid-murid banyak membaca.

• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat membaca.

APA ITU NILAM?

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran/ pengiktirafan.

PELAKSANAAN NILAM

1. Tahap/ Peringkat Pertama - Jauhari
• Semua murid diwajib mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang sepanjang tahun.

• Diberi kemudahan meminjam buku dari PSS.
2. Tahap/ Peringkat Kedua - Rakan Pembaca (RP)

• Layak apabila telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku.

• Mempunyai daya kepimpinan untuk menarik minat orang lain supaya membaca.


4Jadual dan cadangan permarkahan berdasarkan aktiviti:

Contoh:

• Bercerita 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Baca Bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah
• Bicara Buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Meminjam Buku 1 buku x 5 peminjam = 5 markah
18 markah

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Taklimat Pengetua/ Guru Besar.
2. Penubuhan Jawatankuasa.
3. Mesyuarat/ Taklimat Jawatankuasa Bertindak.

4. Pengesanan & Penilaian Program.
5. Penyediaan Bahan.
6. Menentukan Peranan AJK
7. Pengumpulan Data.
8. Antara Aktiviti Yang Boleh Dijalankan:
- 10 minit bersama buku
- Bacalah sayang
- Membaca Secara Berpasangan
- Perbincangan buku
- Bicara Buku / Book Talk

9. Bilangan/ Jumlah Buku Yang DiBaca
- Dicatat ke dalam:
• Kad Rekod Kemajuan Murid
• Sijil Berhenti Sekolah

(Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12005 : Memantapkan Budaya Membaca di kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005)

Read More......

12 Langkah Membentuk Manusia Cerdas

Posted by Pusat Sumber SKPB | 4:49 AM | | 2 comments »


Pendahuluan

Langkah 1 : Keselarasan Otak dan Hati
Sistem Badan
Mensyukuri Keunggulan

Langkah 2 : Meluruskan Peranan Otak dan Hati
Menyelaraskan Sistem
Menyatu Kehidupan Alam
Keseimbangan Otak Kiri-kanan


Langkah 3 : Tingkatan Penggunaan Otak dan Hati
Tiga Bahagian Otak
Tiga Tingkat Penggunaan Hati
Tunggu Seketika

Langkah 4 : Membongkar Kebekuan Otak dan Hati
Lepaskan Belenggu Paradigma
Perluas Perbezaan Toleransi
Menatap Masa Hadapan
Merancang Kebenaran dan Kebaikan
Mencairkan Otak

Langkah 5 : Menapak Keimanan

Langkah 6 : Membangunkan Persepsi
Menyatukan Persepsi Diri
Membangun Persepsi Positif

Langkah 7 : Memahami Perilaku

Langkah 8 : Siapa yang Menggerakkan Otak

Langkah 9 : Taraf Otak dan Hati
Kesamarataan Antara Wanita dan Lelaki
Kesamarataan Antara Orang Muda dan Warga Tua
Kanak-kanak Bawah Umur
Semua Manusia adalah Sama

Langkah 10 : Mengasah Otak dan Hati
Asah Otak Buatan (Artificial)
Asah Otak Semula Jadi
Kecerdasan Sembahyang
Sedikit-sedikit Lama-lama
Menjadi Bukit

Langkah 11 : Kecerdasan Otak dan Hati
Kecerdasan Otak
Kecerdasan Hati
Berfikir Lateral
Membaca Mestilah Memahami

Langkah 12 : Mengembangkan Budaya
Cita-cita Bersama
Informasi dan Komunikasi
Kuasa
Kualiti Keputusan
Sistem

Penutup

Read More......

Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Posted by Pusat Sumber SKPB | 4:31 AM | | 0 comments »


Sinopsis

“Penghasilan buku-buku unit beruniform ini adalah bertepatan dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang sentiasa memberi penekanan utama kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti unit beruniform. Saya yakin buku-buku ini dapat membantu guru serta pelajar dalam penglibatan unit beruniform yang disertai.”
Komala Devi,


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia/Pengerusi, Jawatankuasa Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penghasilan buku-buku ini bertujuan menjadi panduan asas bagi melaksanakan kegiatan unit beruniform di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi. Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan bagi memaksimumkan penyertaan pelajar di dalam kokurikulum. Aktiviti unit beruniform menjadi salah satu penyumbang dalam pembangunan modal insan kelas pertama selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, empat buah buku dalam Siri Unit Pakaian Seragam ini dihasilkan iaitu:

1.Kadet Remaja Sekolah (KRS)
2.Pergerakan Pengakap Malaysia (PPM)
3.Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)
4.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)

Kandungan buku-buku ini disusun dengan teliti, terkini dan relevan dengan aktiviti yang dijalankan. Ia berdasarkan kurikulum yang ditetapkan oleh unit uniform berkaitan. Bagi memudahkan kefahaman pembaca, kebanyakan penjelasan di dalam kandungan buku-buku ini diperkukuhkan dengan gambar-gambar dan ilustrasi yang menarik

Buku ini boleh dibeli secara online di:
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=586

Read More......

KEPUTUSAN UPSR 2008

Posted by Pusat Sumber SKPB | 12:50 AM | | 0 comments »

>

TAHNIAH DAN SYABAS !!!!


Keputusan UPSR telahpun keluar hari ini. 2 orang murid SKPB telah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan - 5A.
Adik Mohammad Syazwan b. Abd. Ghani adalah seorang murid yang pendiam tetapi selalu menunjukkan pencapaian yang cemerlang di dalam pelajaran mahupun permainan.

Adik Mohammad Muhaimin b. Mohamad pula adalah seorang murid yang pemalu dan merendah diri. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua orang murid ini kerana berjaya dalam UPSR sekaligus mengharumkan nama sekolah. Semoga lebih cemerlang di sekolah menengah nanti.

Read More......

PERKHIDMATAN PSS SKPB

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:57 AM | | 0 comments »




WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin – Khamis :

7.40 pagi - 1.30 tgh hari

Jumaat :

7.40 pagi – 12.00 tgh hari


Sabtu, Ahad dan cuti umum :
TUTUP

GURU BERTUGAS
Pn.Nor Atipah bt Ahmad


PUSAT SUMBER CEMERLANG
PELAJAR GEMILANG


MEMBACA MENAMBAH PENGETAHUAN. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMBUDAYAKAN SIKAP SUKA MEMBACA.


PUSAT SUMBER SK
PENGKALAN BAHARU,
PANTAI REMIS

“SELANGKAH KE PUSAT SUMBER,
SEJUTA ILMU DITIMBA”


PENGENALAN

Menyediakan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku, kamus, ensiklopedia, jurnal, majalah, risalah, akhbar dan fail tegak sebagai perkhidmatan dan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


VISI
Pusat Sumber pencetus imaginasi.

MISI

Membekalkan bahan-bahan sumber untuk warga sekolah.



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :


BAHAGIAN PINJAMAN

Koleksi buku-buku yang terdapat di Pusat Sumber ini merangkumi pelbagai bidang ilmu pendidikan. Pengguna boleh meminjam maksimum 2 buah buku dalam masa 1 minggu setiap kali proses peminjaman.

BAHAGIAN RUJUKAN

Koleksi rujukan terdiri daripada buku-buku kamus, ensiklopedia, tafsir Al-Quran, jurnal, buletin, keratan akhbar, risalah dan buku panduan. Bahan-bahan rujukan di bahagian ini tidak boleh dipinjam.

LAIN-LAIN

Pondok bacaan
Sudut bacaan dalam kelas
Sudut bercerita
Lawatan
Aktiviti bersama panitia
Aktiviti perhimpunan
Promosi (maklumat terkini)
Latihan dan bengkel kemahiran maklumat
Rekod peralatan bahan Bantu mengajar
Aktiviti galakan pengguna

Read More......

Hari Guru SKPB

Posted by Pusat Sumber SKPB | 2:57 AM | | 0 comments »



Sambutan hari guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2008.

Read More......

Jamuan Raya Aidilfitri

Posted by Pusat Sumber SKPB | 2:51 AM | | 0 comments »


Majlis jamuan raya peringkat sekolah 2008.

Read More......

Kursus Bina Insan

Posted by Pusat Sumber SKPB | 1:50 AM | | 0 comments »




Kursus bina insan ini yang diadakan pada 23-25 Mei 2008 bertempat di Lata Peranginan, Kg Pecah Batu, Manong, Perak. Kursus ini melibatkan 40 orang peserta.

Read More......

Program RIMUP

Posted by Pusat Sumber SKPB | 1:40 AM | | 0 comments »



Program RIMUP ini diadakan 17-18 Oktober 2008 bertempat di Kem Teluk Sakah, Teluk Senangin. Program ini melibatkan 40 orang peserta.

Read More......

Membeli Buku Secara Online

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:27 AM | | 0 comments »

Ingin mendapatkan buku terbaru tetapi malas hendak pergi ke kedai buku. Maklumlah sekarang kos petrol semakin meningkat. Ada cara mudah membeli buku. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tentang buku terbaru di dalam pasaran. Amat mudah hanya dapatkan maklumat di laman web seperti http://www.e-kedai.net. Anda juga boleh membeli buku yang anda minat secara online. Jangan risau, ianya selamat dan boleh dipercayai. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun bank seperti maybank2u. Buku yang anda pesan terus dihantar ke rumah anda melalui Pos Malaysia. Mudah, cepat dan jimat

Read More......
Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:05 AM | | 1 comments »


Ini adalah gambar SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak.
SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BAHARU, PANTAI REMIS, PERAK DARUL RIDZUAN.

1. PENUBUHAN :

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu telah ditubuhkan pada tahun 1902 atas inisiatif penduduk tempatan yang menyedari tentang kepentingan pelajaran penduduk setempat. Bangunan asalnya berupa bangsal panjang yang didirikan di seberang jalan raya yang bertentangan dengan bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Bangunan ini dibina daripada papan yang beratapkan nipah sahaja.

2. KOS PEMBINAAN :

Tidak diketahui sama ada pembinaan sekolah ini pada peringkat awalnya mendapat bantuan daripada mana-mana pihak selain daripada usaha penduduk tempatan yang mendirikannya secara bergotong royong. Menurut maklumat yang diketahui; Daerah Dindings pada masa itu di bawah pentadbiran kerajaan Negeri-negeri Selat yang beribu pejabat di Pulau Pinang.

3. PENGASAS :

Menurut maklumat yang diperolehi, pembinaan sekolah ini diketuai oleh beberapa orang yang berpengaruh di mukim ini; di antaranya Encik Idris, Encik Awang b. Daud dan Encik Abdul Samad b. Taim( Naib kadi Pengkalan Baharu).

4. PENTADBIRAN :

4.1 Ditadbirkan oleh seorang Guru Besar. Guru Besar yang pertama ialah Encik Abdul Samad dari Pulau Pinang dan dibantu oleh dua orang penolong sekolah yang beribu pejabat di Pejabat Pelajaran Pulau Pinang kerana pada masa itu Dindings adalah di bawah jajahan Negeri-negeri Selat.

4.2 Sebelum Perang Dunia Kedua tiada Lembaga Pengurus di sekolah ini sehinggalah selepas Negara kita mencapai kemerdekaan barulah diwujudkan Ahli Lembaga Pengurus Sekolah yang terdiri daripada 9 orang ahli termasuk seorang Pengerusi.

4.3 Di antara Guru Besar yang pernah mentadbir sekolah ini :
4.3.1 Encik Abdul Samad 1902
4.3.2 Encik Sidek
4.3.3 Encik Abdullah Dahan
4.3.4 Tuan Haji Ahmad
4.3.5 Encik Daeng Abdul Hamid
4.3.6 Encik Ridzuan 1913 -1927
4.3.7 Encik Puteh 1927 -1944
4.3.8 Encik Shafie b Jaafar 1944-1950
4.3.9 Encik Kassim b Saad 1950-1959
4.3.10 Encik Abdul Rashid b P. Othman 1959-1965










Read More......

Selamat Datang ke blog kami

Posted by Pusat Sumber SKPB | 5:40 AM | | 0 comments »

Pada pukul 8.42 malam bertarikh 11 Julai 2008 maka telah wujudlah blog ini.

Read More......