5A - PERCUBAAN UPSR 2009

Posted by Pusat Sumber SKPB | 10:13 PM | | 0 comments »


TAHNIAH !!!!


Ucapan tahniah ini ditujukan untuk semua guru yang bekerja keras demi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Tahniah juga buat semua murid yang berjaya serta keluarga mereka yang tidak henti-henti berusaha demi kejayaan mereka. Semoga segala usaha kalian membuahkan hasil yang membanggakan.

Read More......

SEKITAR SKPB

Posted by Pusat Sumber SKPB | 9:46 PM | | 0 comments »




Ini gambar sekitar SK Pengkalan Baharu.

Read More......

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS

Posted by Pusat Sumber SKPB | 9:22 PM | | 0 comments »






Read More......

KHIDMAT BANTU PSS 2009

Posted by Pusat Sumber SKPB | 9:06 PM | | 0 comments »


TERIMA KASIH SEMUA !



Jutaan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua GPM yang terlibat dalam program khidmat bantu pss yang diadakan di SKPB baru-baru ini.
Kesudian kalian meluangkan masa membantu mencari bahan-bahan untuk fail tegak amatlah dihargai. Semoga program ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang berikutnya. Banyak perkara-perkara baru dapat kita perolehi dengan menjalankan program ini.
Syabas kepada semua pegawai Pusat Kegiatan Guru Pantai Remis kerana memperkenalkan program ini kepada kami.Terutamanya Encik Ahmad Fauzi bin Mohd Zain.


Read More......

BULAN KECERGASAN

Posted by Pusat Sumber SKPB | 9:02 PM | | 0 comments »


Senamrobik sempena Bulan Kecergasan.



Pada 13.07.2009 telah diadakan acara senamrobik sempena menyambut Bulan Kecergasan. Acara senamrobik ini diadakan pada pukul 7.40 pagi bertempat di Arena Square, Pengkalan Baharu. Acara ini melibatkan semua murid dan guru SKPB termasuk murid-murid prasekolah dan pendidikan khas. Acara ini berakhir pada pukul 9.30 pagi. Acara ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Zarina Young bt Abdullah.

Read More......

HARI GURU 2009

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:52 PM | | 0 comments »


Hari guru disambut dengan meriahnya pada 18.05.2009.



Acara bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Semua murid dan guru diminta berkumpul di kantin sekolah. Majlis dimulai dengan bacaan doa. Seterusnya, disampaikan pula semua perutusan Hari Guru. Sesudah itu, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah oleh murid kepada guru-guru kesayangan mereka.
Bagi acara persembahan murid, semua kelas terlibat bagi membuat persembahan. Di antaranya ialah acara mendeklamasi sajak dan nyanyian. Tidak ketinggalan persembahan koir sekolah.
Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek Hari Guru oleh Guru Besar SK Pengkalan Baharu iaitu Tn Hj Razali b Mohd Yusof. Setelah itu, semua murid diperdengarkan nyanyian lagu Guru Malaysia dan beberapa buah lagu lain oleh semua guru SKPB.
Sebelum majlis berakhir, disampaikan pula hadiah-hadiah kepada semua guru bagi pertandingan sukaneka yang dijalankan beberapa hari sebelumnya. Majlis ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Read More......

GOTONG-ROYONG 2009

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:31 PM | | 0 comments »




"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH"
"JASAMU DIKENANG"



Aktiviti gotong-royong ini diadakan bagi memperindahkan kawasan sekolah di samping mempereratkan lagi hubungan di antara ibubapa dan guru-guru. Sambutan dalam kalangan ibubapa amat membanggakan.
Jutaan terima kasih kami semua ucapkan di atas kesudian anda meluangkan masa untuk membantu guru-guru SKPB memperindahkan lagi kawasan sekolah.
Moga akan lahirlah generasi SKPB yang cemerlang dengan adanya semangat baru murid-murid setelah melihat akan keindahan kawasan sekolah mereka. INSYAALLAH......

Read More......