MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:38 AM | | 0 comments »


Pn. Zarina Young sedang menyampaikan sumbangan pertama.


Ustaz Ahmad Ridzuan sedang menyampaikan maklumat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.

Read More......

NISFU SYAABAN 2010

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:33 AM | | 0 comments »



Read More......

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:21 AM | | 0 comments »





Read More......

GOTONG-ROYONG SEMPENA HARI GURU

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:34 AM | | 0 comments »



Read More......

MAJLIS PERSARAAN TN. HJ. ZAINAL ABIDIN

Posted by Pusat Sumber SKPB | 10:13 PM | | 0 comments »







Majlis persaraan Tn.Hj. Zainal Abidin b Satar telah diadakan di Dewan Arena Square Pengkalan Baharu pada 11.3.2010. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi di Dataran Ilmu SK Pengkalan Baharu. Seterusnya, semua guru dan murid mengiringi Tn. Hj. Zainal Abidin b Satar ke dewan Arena Square dengan menaiki kereta berhias.
Di dewan, pelbagai acara berlangsung seperti persembahan murid, persembahan guru, penyampaian hadiah dan ucapan daripada Tn. Hj. Zainal Abidin kepada semua guru dan murid SKPB.

Yang patah kan tumbuh. Yang hilang kan berganti. Namun, yang datang tak mungkin kan sama. Buat Tn. Hj. Zainal, jasamu tetap dalam ingatan kerana engkau seorang guru yang suka membantu, dengan penuh keikhlasan tanpa mengira siapa. Semoga segala jasa yang kau taburkan akan dibalas oleh Yang Esa. Dengan kebaikan, ketenangan, kebahagiaan dan segala yang terbaik untuk mu. Insya Allah......

Read More......

MAJLIS PERSARAAN TN. HJ. ZAINAL ABIDIN

Posted by Pusat Sumber SKPB | 10:04 PM | | 0 comments »




Majlis persaraan Tn. Hj. Zainal Abidin b. Satar telah diadakan pada 10.3.2010 bertempat di Restoran Horizon, Sitiawan. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SK Pengkalan Baharu.

Read More......

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 49

Posted by Pusat Sumber SKPB | 9:50 PM | | 0 comments »




Temasya olahraga tahunan kali ke 49 ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 4 Mac 2010 di padang SK Pengkalan Baharu. Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Pengkalan Baharu iaitu Encik Mohd Shukhairi b. Mohd Ibrahim.

Sebanyak 16 acara telahpun dilangsungkan sebelum majlis bagi menjimatkan masa. Selebihnya, sebanyak 23 acara lagi berlangsung pada hari temasya tersebut. Ramai ibu bapa dan penduduk Pengkalan Baharu datang menyaksikan temasya olahraga pada kali ini.

Read More......

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:17 PM | | 0 comments »








Sambutan Maulidur Rasul pada peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 25-2-2010. Program Panitia Agama Islam ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari.

Read More......

LAGI HASIL PENGGUNAAN TABLET

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:40 PM | | 3 comments »





Ini ada lagi hasil penggunaan tablet. Gambar pertama menggunakan teknik biasa manakala gambar kedua menggunakan teknik cop dan "pattern".
Seronok kalau boleh mengajar murid-murid menggunakan tablet ni. Tapi, nak kena ada banyak la. Kalau setakat ada satu je, nanti berebut la pulak.

Read More......

LAGI HASIL TABLET

Posted by Pusat Sumber SKPB | 12:25 AM | | 0 comments »





Ini ada lagi hasil penggunaan tablet. Kali ini saya menggunakan teknik corak dan cop.Yahoo! Berjaya lagi nampaknya!
Thanks Paan!

Read More......

HARI KEDUA MENGGUNAKAN TABLET

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:51 PM | | 0 comments »





Hari kedua menggunakan kaedah Tablet. Chip ni dilukis mula-mula. Anak-anak suruh cuba lukis tanpa warna. Siput terbang tu pula dilukis untuk memahirkan lagi teknik-teknik yang dipelajari. Contohnya, menggunakan "pattern" sebagai latar belakang lukisan.
Sorry ya, Tok Guru (Paan). Lupa nak tulis nota semalam. Tapi, setelah dicuba banyak kali, akhirnya- "BERJAYA"!

Read More......

INI HASIL KERJA TOK GURU (PAAN)

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:24 AM | 0 comments »





Ini antara hasil kerja kreatif Tok Guru (Paan). Comel kan, anak ayam tu ?

Read More......

LAGI HASIL DARI PENGGUNAAN TABLET

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:05 AM | | 0 comments »






Ini ada lagi hasil dari penggunaan tablet. Lukisan yg pertama dilukis oleh saya. Lukisan kedua dilukis oleh anak kedua saya manakala lukisan yang terakhir dilukis oleh anak pertama saya. Kira ok la tu...

Read More......

LUKISAN DARI KAEDAH TABLET

Posted by Pusat Sumber SKPB | 5:09 AM | | 0 comments »




Terima kasih diucapkan kepada seorang pelatih dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan iaitu Mohamad Nazree Farhan bin Rosdi atau lebih dikenali dengan nama Paan kerana mengajar saya cara-cara menggunakan sebuah peralatan ICT iaitu TABLET.
Dengan itu, maka terhasillah sebuah lukisan yang hanya memakan masa 10 minit untuk disiapkan. Lukisan ini walaupun tidak cantik, tetapi saya tetap berbangga kerana telah membuktikan bahawa saya telah faham tentang cara untuk menggunakan peralatan tersebut.
THANKS PAAN !

Read More......

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN MURID SKPB 2010

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:15 PM | | 1 comments »








Program Motivasi Kepimpinan Murid telah diadakan pada 06-02-2010 iaitu hari Sabtu bertempat di Pusat Akses, SK Pengkalan Baharu. Program yang bermula pada pukul 7.30 pagi ini melibatkan 57 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah Tahun 4-6, ketua-ketua kelas Tahun 4-6 dan penolong ketua kelas Tahun 4-6.
Murid mendaftarkan diri seawal 7.30 pagi dan berkumpul di Pusat Akses SKPB. Pada pukul 8.00 pagi program dimulai dengan "ice breaking" yang dikendalikan oleh En. Azizi b. Ahmad. Program diteruskan lagi dengan "ceramah kepimpinan" yang turut disampaikan oleh En. Azizi b. Ahmad. Murid berhenti rehat dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi.
Program diteruskan lagi dengan latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Ridzuan b. Muhamad dan En. Abdul Latif b. Ghazali. Majlis penutup pula diadakan pada pukul 12.30 tengahari oleh En. Anuar b. Mohamad (GPK HEM).


Read More......

MAJLIS PELANCARAN NILAM

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:00 AM | | 0 comments »






Majlis Pelancaran Program NILAM bagi peringkat sekolah telah diadakan pada 01-02-2010. Majlis ini dipengerusikan oleh Amirul Afiq b Nazeri dari kelas 6 Nilam.
Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pengkalan Baharu, En. Razali b Mohd Yusof. Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan murid seperti mendeklamasikan sajak dan bercerita bagi murid tahap 2 dan membaca buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi murid tahap 1.



Read More......

ORIENTASI PSS KEPADA MURID TAHUN 1

Posted by Pusat Sumber SKPB | 5:33 PM | | 0 comments »





Orientasi PSS telah dijalankan pada 27-01-2010 kepada semua murid Tahun 1 Delima manakala bagi kelas Tahun 1 Nilam pula ia dijalankan pada 29-01-2010. Orientasi ini dikendalikan oleh GPM SK Pengkalan Baharu iaitu Cikgu Nor Atipah bt. Ahmad.
Di antara perkara-perkara yang di maklumkan kepada murid ialah mengenai peraturan PSS, bahan-bahan buku dan bahan bukan buku yang terdapat di PSS, sudut-sudut yang terdapat di PSS dan waktu operasi PSS.
Selain itu, murid juga didedahkan kepada cara menggunakan sudut-sudut yang terdapat di dalam PSS. Murid juga didedahkan kepada teknik-teknik mencari lokasi buku-buku yang ingin mereka baca.
Setelah didedahkan dengan kemahiran PSS ini, murid-murid Tahun 1 telah menunjukkan minat yang tinggi untuk ke PSS. Ini dapat dilihat dari jumlah murid yang sentiasa berkunjung ke PSS setiap hari pada waktu rehat pertama.
GPM berharap minat membaca ini dapat dikekalkan.

Read More......