MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2011

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:11 PM | | 0 comments »

Sambutan Hari Guru 2011 Slideshow: NOR’s trip to Pantai Remis (near Lumut), Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Lumut slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
//

Majlis sambutan hari guru telah diadakan pada 16 Mei 2011 dengan meriahnya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Di antaranya ialah acara sukaneka untuk semua guru, bacaan perutusan hari guru, persembahan daripada murid dan nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia” oleh semua guru SKPB.

“SELAMAT HARI GURU”. “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”.

Read More......

MINGGU ANTI-AEDES 25-29 APRIL 2011

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:09 PM | | 0 comments »







Unit Bimbingan & Kaunseling SK Pengkalan Baharu bersama Pejabat Kesihatan Manjung serta Klinik Kesihatan Pantai Remis telah menjalankan program Minggu Anti-Aedes selama seminggu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua warga SKPB tentang bahaya nyamuk Aedes.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah, pameran, pertandingan mewarna poster bagi murid tahap 1 dan pertandingan melukis dan mewarna poster bagi murid tahap 2.Ceramah disampaikan oleh En. Shaharudeen b. Kamaludeen.

Read More......

STORY TELLING PERINGKAT DAERAH MANJUNG 13 APRIL

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:02 PM | | 0 comments »






Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris atau “Story Telling Competition” pada peringkat Daerah Manjung telah diadakan pada 13.4.2011 bertempat di SJKC Uk Dih, Sitiawan.

Adik Najwa Afisha bt. M. Amir Izwan Tan dari kelas 4 Nilam telah berjaya memenangi tempat keempat dengan ceritanya yang bertajuk:“Pandora’s Gift”.Tahniah ! Semoga kejayaan ini memberi semangat kepada lebih ramai lagi murid SKPB untuk menyertai pertandingan– pertandingan yang akan datang.


Read More......

PROGRAM PSIKOSOSIAL UNTUK PEMIMPIN MURID

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:00 PM | | 0 comments »








Unit Bimbingan & Kaunseling SK Pengkalan Baharu telah menganjurkan Program psikososial untuk pemimpin murid pada 2.4.2011. Program yang bermula seawal 7.40 pagi ini melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Di antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah haluan akademik & psikososial, aktiviti stesen, persembahan lakonan dan refleksi diri.

Read More......

SOLAT HAJAT DAN MAJLIS BACAAN YAASIN

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:00 PM | | 0 comments »





Majlis bacaan Yaasin dan solat hajat untuk murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 25.02.2011 bertempat di surau SK Pengkalan Baharu.

Majlis tersebut turut dihadiri olah para ibu murid-murid Tahun 6 selain guru-guru Tahun 6 dan Penolong Kanan serta Guru Besar SK Pengkalan Baharu.

Read More......

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:58 PM | | 0 comments »









Panitia Pendidikan Islam SK Pengkalan Baharu dengan kerjasama semua guru SKPB telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 18.02.2011.

Selain mendengar ceramah mengenai Rasulullah s.a.w., murid-murid juga terlibat dengan beberapa aktiviti lain seperti pertandingan melukis poster bagi murid Tahap 2 dan pertandingan mewarna bagi murid Tahap 1.

Read More......

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIjOot2LgZk5THfszrirSRGaK1uIGhaEVfnRik06C08zbc3aRiDCmJl6aXi3kzJuGnLKV0e9GGyANDG-FjHZ2y3y3LSGhPb7Q-iqwHYjlBm86zI8zRhOGtPmclXvfXa4DOHDcImyo3zo0/s1600/P1240716.JPG">






SK Pengkalan Baharu telah menganjurkan ceramah keibubapaan pada 12.02.2011 bertempat di Dewan Penghulu, Pengkalan Baharu.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Hamidon b. Jamli (Kaunselor Organisasi) PPD Manjung.

Selain daripada ceramah, terdapat sesi soal jawab di antara penceramah dan ibu bapa murid selepas selesai ceramah disampaikan.

Read More......

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:55 PM | | 0 comments »







Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 29.01.2011 bertempat di Dewan Penghulu, Pengkalan Baharu.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 8.45 pagi ini telah dirasmikan oleh Datuk Azhar b. Ahmad (DPSM,PMP,AMP,BKT, PPT, PJK), Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak.

Read More......

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:53 PM | | 0 comments »



Majlis penyampaian watikah perlantikan kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah diadakan pada 24.01.2011 bertempat di Dataran Ilmu SK Pengkalan Baharu.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Pengkalan Baharu, Tn. Hj. Razali bin Mohd Yusof, PK Pentadbiran, Pn. Zarina Young bt. Abdullah, PK HEM, En. Anuar b. Mohamad dan PK Ko-Kurikulum, En. Ahmad b. Mat Saad.

Read More......



Majlis Perhimpunan ibu bapa, guru dan murid Tahun 6 telah diadakan pada 21.01.2011. Majlis ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada semua murid Tahun 6.

Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah Ustaz Nazrul Izwan, Guru Besar Sekolah Agama di Manjung.
Majlis berakhir pada pukul 10.29 pagi.

Read More......