Showing posts with label NILAM. Show all posts
Showing posts with label NILAM. Show all posts

MAJLIS PELANCARAN NILAM

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:00 AM | | 0 comments »






Majlis Pelancaran Program NILAM bagi peringkat sekolah telah diadakan pada 01-02-2010. Majlis ini dipengerusikan oleh Amirul Afiq b Nazeri dari kelas 6 Nilam.
Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pengkalan Baharu, En. Razali b Mohd Yusof. Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan murid seperti mendeklamasikan sajak dan bercerita bagi murid tahap 2 dan membaca buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi murid tahap 1.



Read More......

Majlis Pelancaran NILAM

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:05 AM | | 0 comments »


NADI ILMU AMALAN MEMBACA = NILAM



Majlis pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada 02.02.2009 bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 8.45 pagi. Majlis yang diadakan di kawasan perhimpunan ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Pengkalan Baharu iaitu Tn Hj Razali b Mohd Yusof.
Majlis ini diteruskan dengan persembahan murid seperti membaca buku cerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh murid Tahap 1 dan bercerita serta mendeklamasikan sajak oleh murid Tahap 2.
Majlis berakhir pada pukul 8.45 pagi.

Read More......

Majlis Anugerah NILAM

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:00 AM | | 0 comments »






Read More......

NILAM (NADI ILMU AMALAN MEMBACA)

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:21 AM | | 1 comments »


PENGENALAN
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.


• Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan.

• Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.‘
PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mestilah berupa paksaan yang berterusan.

MATLAMAT NILAM

Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

OBJEKTIF
• Menjadikan murid-murid banyak membaca.

• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat membaca.

APA ITU NILAM?

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran/ pengiktirafan.

PELAKSANAAN NILAM

1. Tahap/ Peringkat Pertama - Jauhari
• Semua murid diwajib mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang sepanjang tahun.

• Diberi kemudahan meminjam buku dari PSS.
2. Tahap/ Peringkat Kedua - Rakan Pembaca (RP)

• Layak apabila telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku.

• Mempunyai daya kepimpinan untuk menarik minat orang lain supaya membaca.


4Jadual dan cadangan permarkahan berdasarkan aktiviti:

Contoh:

• Bercerita 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Baca Bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah
• Bicara Buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Meminjam Buku 1 buku x 5 peminjam = 5 markah
18 markah

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Taklimat Pengetua/ Guru Besar.
2. Penubuhan Jawatankuasa.
3. Mesyuarat/ Taklimat Jawatankuasa Bertindak.

4. Pengesanan & Penilaian Program.
5. Penyediaan Bahan.
6. Menentukan Peranan AJK
7. Pengumpulan Data.
8. Antara Aktiviti Yang Boleh Dijalankan:
- 10 minit bersama buku
- Bacalah sayang
- Membaca Secara Berpasangan
- Perbincangan buku
- Bicara Buku / Book Talk

9. Bilangan/ Jumlah Buku Yang DiBaca
- Dicatat ke dalam:
• Kad Rekod Kemajuan Murid
• Sijil Berhenti Sekolah

(Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12005 : Memantapkan Budaya Membaca di kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005)

Read More......