Read More......
Tale Toons - The Monkey & The Crocodile
Posted by Pusat Sumber SKPB | 5:34 AM | Kurikulum | 0 comments »Nursery Rhymes - Twinkle Twinkle Little Star
Posted by Pusat Sumber SKPB | 5:24 AM | Kurikulum | 0 comments »NURSERY RHymES - THE WHeELS OF THE BuS Go ROuND AND RoUND
Posted by Pusat Sumber SKPB | 5:08 AM | Kurikulum | 0 comments »Learn Shapes While Building A House (ENGLISH)
Posted by Pusat Sumber SKPB | 5:05 AM | Kurikulum | 0 comments »BUKU - Sedekah Tanpa Wang ~ Fahrur Mu'is
Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:02 AM | Bina Insan, Mari Membaca | 0 comments »Sedekah Tanpa Wang ~ Fahrur Mu'is
Setiap manusia yang lahir di dunia membawa takdir dan potensi yang berbeza. Kaya atau miskin adalah ujian dari Allah SWT. Bagi seorang yang kaya, harta adalah ujian yang menuntutnya untuk bersyukur, sebaliknya miskin harta adalah ujian bagi orang kurang harta dan menuntutnya untuk bersabar. Dengan demikian, akan meletakkan kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT adalah takwa, bukan harta. Berharta atau tidak bukanlah bukti penghormatan dan kecintaan Allah SWT terhadap hambaNya. Dalam buku ini saya ingin membawa pembaca pada amalan sedekah yang tidak berupa harta. Ringkasnya, sedekah tanpa wang.
Bagaimanakah sedekah tanpa wang? Buku ini akan memaparkannya kepada anda cara bersedekah tanpa menggunakan wang. Semoga Allah SWT menjadikan tulisan ini semata-mata murni untuk mencari redaNya dan bermanfaat bagi kita semua, baik di dunia mahupun di akhirat. Demikian pula, mudah-mudahan Allah SWT menjadikan buku ini sebagai amal jariah dan meletakkannya dalam timbangan amal kebaikan saya. Selawat dan salam semoga tetap terlimpah atas Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
BUKU - Menangani Anak Biadap ~ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:48 AM | Bina Insan, Mari Membaca | 0 comments »Menangani Anak Biadap ~ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Pepatah ada mengatakan, “mencegah lebih baik daripada merawat.” Anak-anak yang telah terlanjur bersikap biadab memerlukan proses pemulihan daripada konsultan atau kaunselor. Namun, corak didikan dan latar belakang keluarga yang mengasuh anak dari kecil memainkan peranan dalam pembentukan sikap mereka menjelang usia dewasa.
Buku Menangani Anak Biadab yang membawa penampilan santai, mudah dan berterus terang dengan disulami ilustrasi kartun ini amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, penjaga, guru dan para remaja sendiri.
BUKU - Air Mata Ibu ~ Norani Abdul Hamid
Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:38 AM | Bina Insan, Mari Membaca | 0 comments »Air Mata Ibu ~ Norani Abdul Hamid
Sejak kebelakangan ini, isu anak menderhaka terhadap ibu telah menjadi masalah kronik. Anak-anak tidak lagi ada perasaan kasih dan sayang terhadap ibu. Taraf ibu diletakkan ke tahap yang paling rendah. Emosi mengatasi akal. Walaupun anak-anak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, namun tahap keimanan dan takwa cukup rendah hingga berlakunya keadaan ini.
Ingatlah, doa seorang ibu amat dahsyat dan mempengaruhi kehidupan anak-anak baik di dunia mahupun akhirat. Marilah kita sama-sama merebut doa yang baik dari ibu, bukan doa yang menghancurkan kita. Buat anak-anak yang menderhaka, bertaubatlah dan pohonlah keredhaan dari ibu sebelum Allah menutup peluang itu. Sesungguhnya, setitis air mata ibu yang mengalir, akan mengundang kemurkaan Allah kepada kita.
BUKU - Doa & Penawar Terpilih
Posted by Pusat Sumber SKPB | 1:17 AM | Bina Insan, Mari Membaca | 0 comments »Doa & Penawar Terpilih merupakan sebuah buku terbitan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang ditulis oleh Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz iaitu pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah yang berpusat di Kg. Manjoi, Ipoh, Perak. Buku ini dikarang bersama dengan panel pengarang pusat ini.
Doa yang terdapat dalam buku ini adalah antara himpunan doa terbaik yang telah menjadi amalan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia sejak turun temurun lagi. Kebanyakan doa yang diperkenalkan di dalam buku ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW, isteri-isteri baginda, sahabat-sahabat dan masyarakat Islam pada zaman baginda.
Terdapat juga cara-cara rawatan atau lebih tepat lagi ilmu perubatan Islam yang hampir luput ditelan zaman tetapi amat berkesan jika diamalkan. Antaranya adalah penggunaan bahan semulajadi seperti tumbuhan dan hasil galian. Tidak ketinggalan juga diselitkan beberapa cara perubatan homeopati dan Islam yang amat sesuai untuk mereka yang mencari alternatif lain dalam mencari penawar.
Dengan harapan agar pembaca dapat memanfaatkan buku ini dan mempergunakannya mengikut kemampuan. Buku ini diterbitkan juga atas usaha untuk mengumpulkan DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH.
Read More......
BUKU - Berbahagialah Wahai Wanita
Posted by Pusat Sumber SKPB | 1:14 AM | Bina Insan, Mari Membaca | 0 comments »Dapatkan buku terbaru Ustaz Mohd Kazim Elias bertajuk "Berbahagialah Wahai Wanita" terbitan Inteam Publishing. Buku ini mengupas persoalan-persoalan popular berkaitan kaum hawa dalam menjalani kehidupan harian. Buku ini boleh didapatkan di Pusat Pendidikan Al Barakah dan juga toko-toko buku terkemuka.
BUKU -INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT(Dato' Ismail Kamus)
Posted by Pusat Sumber SKPB | 12:57 AM | Bina Insan, Mari Membaca | 0 comments »Mungkin ada yang pernah dengar tentang kewujudan buku ini...atau mungkin anda pernah memilikinya. Bagi yang belum memiliki...segeralah dapatkannya. Tak rugi membelanjakan hanya RM55 untuk senaskah buku ini..
Sangat lengkap untuk dijadikan panduan dan rujukan.
- Menceritakan dari saat kelahiran sehingga dikebumikan..
- Cerita pasal solat...cara nk solat semasa sakit (kalau tak boleh berdiri, tak boleh bangun, tak boleh duduk..terbaring pun ada....siap dengan gambar lagi...
- Nama-nama anak yg sesuai...akikah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kelahiran.
- Perkahwinan dan macam-macam ada..
Pendek kata merangkumi segala aspek kehidupan. Buatlah koleksi buku ataupun tambahkan iman di dada.. Read More......
Read More......
Read More......
MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT MURID TAHUN 6
Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:32 AM | 0 comments »Read More......
LAMBAIAN AIDILFITRI & MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN
Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:01 AM | Aktiviti, Bina Insan | 0 comments »Read More......
Read More......
Read More......
Read More......
Read More......
Read More......
Read More......
Read More......
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPB telah mengadakan minggu
anti-dadah dan rokok pada 15.06.2011 hingga 17.06.2011.
Program ini telah dirasmikan oleh GB SKPB, Tn. Hj. Razali b. Mohd Yusof. Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mewarna poster anti-dadah bagi murid tahap 1, melukis poster bagi murid tahap 2 dan kuiz bagi murid tahap 1 dan 2.
Read More......
Panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan program “English Day” pada 23.05.2011. Pelbagai pertandingan telah dijalankan di antaranya termasuk “Jazz chant”, “Anagram”, “Hidden objects”, “Word maze”, “Word search” dan lain-lain lagi.
Pertandingan yang bermula seawal 8.15 pagi melibatkan semua warga SKPB termasuk murid Prasekolah dan Pendidikan Khas.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan kemahiran Bahasa Inggeris murid-murid. Read More......
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2011
Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:11 PM | Aktiviti | 0 comments »Majlis sambutan hari guru telah diadakan pada 16 Mei 2011 dengan meriahnya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Di antaranya ialah acara sukaneka untuk semua guru, bacaan perutusan hari guru, persembahan daripada murid dan nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia” oleh semua guru SKPB.
“SELAMAT HARI GURU”. “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”.
Unit Bimbingan & Kaunseling SK Pengkalan Baharu bersama Pejabat Kesihatan Manjung serta Klinik Kesihatan Pantai Remis telah menjalankan program Minggu Anti-Aedes selama seminggu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua warga SKPB tentang bahaya nyamuk Aedes.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah, pameran, pertandingan mewarna poster bagi murid tahap 1 dan pertandingan melukis dan mewarna poster bagi murid tahap 2.Ceramah disampaikan oleh En. Shaharudeen b. Kamaludeen.
Read More......
STORY TELLING PERINGKAT DAERAH MANJUNG 13 APRIL
Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:02 PM | Aktiviti | 0 comments »Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris atau “Story Telling Competition” pada peringkat Daerah Manjung telah diadakan pada 13.4.2011 bertempat di SJKC Uk Dih, Sitiawan.
Adik Najwa Afisha bt. M. Amir Izwan Tan dari kelas 4 Nilam telah berjaya memenangi tempat keempat dengan ceritanya yang bertajuk:“Pandora’s Gift”.Tahniah ! Semoga kejayaan ini memberi semangat kepada lebih ramai lagi murid SKPB untuk menyertai pertandingan– pertandingan yang akan datang.
Read More......
PROGRAM PSIKOSOSIAL UNTUK PEMIMPIN MURID
Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:00 PM | Bina Insan | 0 comments »Unit Bimbingan & Kaunseling SK Pengkalan Baharu telah menganjurkan Program psikososial untuk pemimpin murid pada 2.4.2011. Program yang bermula seawal 7.40 pagi ini melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
Di antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah haluan akademik & psikososial, aktiviti stesen, persembahan lakonan dan refleksi diri.
Read More......
SOLAT HAJAT DAN MAJLIS BACAAN YAASIN
Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:00 PM | Bina Insan | 0 comments »Majlis bacaan Yaasin dan solat hajat untuk murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 25.02.2011 bertempat di surau SK Pengkalan Baharu.
Majlis tersebut turut dihadiri olah para ibu murid-murid Tahun 6 selain guru-guru Tahun 6 dan Penolong Kanan serta Guru Besar SK Pengkalan Baharu.
Read More......
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:58 PM | Aktiviti | 0 comments »Panitia Pendidikan Islam SK Pengkalan Baharu dengan kerjasama semua guru SKPB telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 18.02.2011.
Selain mendengar ceramah mengenai Rasulullah s.a.w., murid-murid juga terlibat dengan beberapa aktiviti lain seperti pertandingan melukis poster bagi murid Tahap 2 dan pertandingan mewarna bagi murid Tahap 1.
Read More......
CERAMAH KEIBUBAPAAN UNTUK SEMUA IBU BAPA/PENJAGA
Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:56 PM | Bina Insan | 0 comments »href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIjOot2LgZk5THfszrirSRGaK1uIGhaEVfnRik06C08zbc3aRiDCmJl6aXi3kzJuGnLKV0e9GGyANDG-FjHZ2y3y3LSGhPb7Q-iqwHYjlBm86zI8zRhOGtPmclXvfXa4DOHDcImyo3zo0/s1600/P1240716.JPG">
SK Pengkalan Baharu telah menganjurkan ceramah keibubapaan pada 12.02.2011 bertempat di Dewan Penghulu, Pengkalan Baharu.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Hamidon b. Jamli (Kaunselor Organisasi) PPD Manjung.
Selain daripada ceramah, terdapat sesi soal jawab di antara penceramah dan ibu bapa murid selepas selesai ceramah disampaikan.
Read More......
Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 29.01.2011 bertempat di Dewan Penghulu, Pengkalan Baharu.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 8.45 pagi ini telah dirasmikan oleh Datuk Azhar b. Ahmad (DPSM,PMP,AMP,BKT, PPT, PJK), Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak.
Read More......
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN
Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:53 PM | Bina Insan | 0 comments »
Majlis penyampaian watikah perlantikan kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah diadakan pada 24.01.2011 bertempat di Dataran Ilmu SK Pengkalan Baharu.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Pengkalan Baharu, Tn. Hj. Razali bin Mohd Yusof, PK Pentadbiran, Pn. Zarina Young bt. Abdullah, PK HEM, En. Anuar b. Mohamad dan PK Ko-Kurikulum, En. Ahmad b. Mat Saad.
Read More......
MAJLIS PERHIMPUNAN IBU BAPA, GURU DAN MURID TAHUN 6 2011
Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:50 PM | Aktiviti | 0 comments »
Majlis Perhimpunan ibu bapa, guru dan murid Tahun 6 telah diadakan pada 21.01.2011. Majlis ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada semua murid Tahun 6.
Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah Ustaz Nazrul Izwan, Guru Besar Sekolah Agama di Manjung.
Majlis berakhir pada pukul 10.29 pagi.
Read More......
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH
Posted by Pusat Sumber SKPB | 5:00 AM | Aktiviti | 0 comments »
Panitia Agama Islam SKPB telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat terawih pada 25.8.2010.
Majlis ini dihadiri oleh semua murid Tahun 6 dan semua guru SKPB. Read More......