MAJLIS PERSARAAN TN. HJ. ZAINAL ABIDIN

Posted by Pusat Sumber SKPB | 10:13 PM | | 0 comments »







Majlis persaraan Tn.Hj. Zainal Abidin b Satar telah diadakan di Dewan Arena Square Pengkalan Baharu pada 11.3.2010. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi di Dataran Ilmu SK Pengkalan Baharu. Seterusnya, semua guru dan murid mengiringi Tn. Hj. Zainal Abidin b Satar ke dewan Arena Square dengan menaiki kereta berhias.
Di dewan, pelbagai acara berlangsung seperti persembahan murid, persembahan guru, penyampaian hadiah dan ucapan daripada Tn. Hj. Zainal Abidin kepada semua guru dan murid SKPB.

Yang patah kan tumbuh. Yang hilang kan berganti. Namun, yang datang tak mungkin kan sama. Buat Tn. Hj. Zainal, jasamu tetap dalam ingatan kerana engkau seorang guru yang suka membantu, dengan penuh keikhlasan tanpa mengira siapa. Semoga segala jasa yang kau taburkan akan dibalas oleh Yang Esa. Dengan kebaikan, ketenangan, kebahagiaan dan segala yang terbaik untuk mu. Insya Allah......

Read More......

MAJLIS PERSARAAN TN. HJ. ZAINAL ABIDIN

Posted by Pusat Sumber SKPB | 10:04 PM | | 0 comments »




Majlis persaraan Tn. Hj. Zainal Abidin b. Satar telah diadakan pada 10.3.2010 bertempat di Restoran Horizon, Sitiawan. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SK Pengkalan Baharu.

Read More......

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 49

Posted by Pusat Sumber SKPB | 9:50 PM | | 0 comments »




Temasya olahraga tahunan kali ke 49 ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 4 Mac 2010 di padang SK Pengkalan Baharu. Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Pengkalan Baharu iaitu Encik Mohd Shukhairi b. Mohd Ibrahim.

Sebanyak 16 acara telahpun dilangsungkan sebelum majlis bagi menjimatkan masa. Selebihnya, sebanyak 23 acara lagi berlangsung pada hari temasya tersebut. Ramai ibu bapa dan penduduk Pengkalan Baharu datang menyaksikan temasya olahraga pada kali ini.

Read More......