HARI GURU 2009

Posted by Pusat Sumber SKPB | 8:52 PM | | 0 comments »


Hari guru disambut dengan meriahnya pada 18.05.2009.



Acara bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Semua murid dan guru diminta berkumpul di kantin sekolah. Majlis dimulai dengan bacaan doa. Seterusnya, disampaikan pula semua perutusan Hari Guru. Sesudah itu, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah oleh murid kepada guru-guru kesayangan mereka.
Bagi acara persembahan murid, semua kelas terlibat bagi membuat persembahan. Di antaranya ialah acara mendeklamasi sajak dan nyanyian. Tidak ketinggalan persembahan koir sekolah.
Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek Hari Guru oleh Guru Besar SK Pengkalan Baharu iaitu Tn Hj Razali b Mohd Yusof. Setelah itu, semua murid diperdengarkan nyanyian lagu Guru Malaysia dan beberapa buah lagu lain oleh semua guru SKPB.
Sebelum majlis berakhir, disampaikan pula hadiah-hadiah kepada semua guru bagi pertandingan sukaneka yang dijalankan beberapa hari sebelumnya. Majlis ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

0 comments

Post a Comment