Orientasi PSS telah dijalankan pada 27-01-2010 kepada semua murid Tahun 1 Delima manakala bagi kelas Tahun 1 Nilam pula ia dijalankan pada 29-01-2010. Orientasi ini dikendalikan oleh GPM SK Pengkalan Baharu iaitu Cikgu Nor Atipah bt. Ahmad.
Di antara perkara-perkara yang di maklumkan kepada murid ialah mengenai peraturan PSS, bahan-bahan buku dan bahan bukan buku yang terdapat di PSS, sudut-sudut yang terdapat di PSS dan waktu operasi PSS.
Selain itu, murid juga didedahkan kepada cara menggunakan sudut-sudut yang terdapat di dalam PSS. Murid juga didedahkan kepada teknik-teknik mencari lokasi buku-buku yang ingin mereka baca.
Setelah didedahkan dengan kemahiran PSS ini, murid-murid Tahun 1 telah menunjukkan minat yang tinggi untuk ke PSS. Ini dapat dilihat dari jumlah murid yang sentiasa berkunjung ke PSS setiap hari pada waktu rehat pertama.
GPM berharap minat membaca ini dapat dikekalkan.
Read More......