PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN MURID SKPB 2010

Posted by Pusat Sumber SKPB | 7:15 PM | | 1 comments »








Program Motivasi Kepimpinan Murid telah diadakan pada 06-02-2010 iaitu hari Sabtu bertempat di Pusat Akses, SK Pengkalan Baharu. Program yang bermula pada pukul 7.30 pagi ini melibatkan 57 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah Tahun 4-6, ketua-ketua kelas Tahun 4-6 dan penolong ketua kelas Tahun 4-6.
Murid mendaftarkan diri seawal 7.30 pagi dan berkumpul di Pusat Akses SKPB. Pada pukul 8.00 pagi program dimulai dengan "ice breaking" yang dikendalikan oleh En. Azizi b. Ahmad. Program diteruskan lagi dengan "ceramah kepimpinan" yang turut disampaikan oleh En. Azizi b. Ahmad. Murid berhenti rehat dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi.
Program diteruskan lagi dengan latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Ridzuan b. Muhamad dan En. Abdul Latif b. Ghazali. Majlis penutup pula diadakan pada pukul 12.30 tengahari oleh En. Anuar b. Mohamad (GPK HEM).


1 comments

  1. Anonymous // July 11, 2010 at 9:25 AM  

    dimanakah saya boleh menghubungi pihak tuan utk mengetahui maklumat lanjut ttg program ini?

Post a Comment