TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 49

Posted by Pusat Sumber SKPB | 9:50 PM | | 0 comments »




Temasya olahraga tahunan kali ke 49 ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 4 Mac 2010 di padang SK Pengkalan Baharu. Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Pengkalan Baharu iaitu Encik Mohd Shukhairi b. Mohd Ibrahim.

Sebanyak 16 acara telahpun dilangsungkan sebelum majlis bagi menjimatkan masa. Selebihnya, sebanyak 23 acara lagi berlangsung pada hari temasya tersebut. Ramai ibu bapa dan penduduk Pengkalan Baharu datang menyaksikan temasya olahraga pada kali ini.

0 comments

Post a Comment