PHONICS BALL

Posted by Pusat Sumber SKPB | 6:00 AM | | 0 comments »

"Phonic ball" adalah sebiji bola yang tertulis huruf A -Z di atasnya. Pada zahirnya, "phonic ball" merupakan bola biasa sahaja. Tetapi, dengan bantuan dan idea penutur jati, ia telah menjadi sebiji bola yang amat berguna kepada murid-murid.

Guru boleh menggunakan "phonic ball" bukan sahaja untuk mengajar "phonics", malah ia boleh juga digunakan sebagai ABM untuk mengajar murid membina perkataan atau membina ayat. Guru cuma perlu meminta murid membuat satu bulatan yang besar di dalam atau di luar kelas. Seterusnya, seorang murid yang terpilih diminta melontarkan bola tersebut kepada salah seorang murid yang lain. Murid yang menerima bola tersebut diminta untuk membunyikan dan menggayakan huruf yang terletak di hujung ibu jari kanannya. Jika guru tersebut ingin mengajar perkataan, murid diminta membina perkataan daripada huruf tersebut. Bagi guru yang ingin mengajar ayat pula, murid diminta membina ayat menggunakan huruf tersebut. Seterusnya, murid tadi melontar pula bola tersebut ke arah murid yang lain.

0 comments

Post a Comment