PROGRAM BELAJAR SAMBIL MELAWAT KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Program melawat ke negeri Kedah telah diadakan pada 8 November 2008. Program ini disertai oleh murid-murid tahun 6 dan tahun 5, seramai 47 orang. Murid-murid yang terlibat berkumpul seawal 6.30 pagi di kantin sekolah. Mereka telah diberi taklimat oleh En. Zabidi sebelum bertolak. Pada pukul 7.00 pagi, murid-murid mula menaiki bas dan mengambil tempat duduk masing-masing. Pada pukul 7.10 pagi, bas mula bertolak.
Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk singgah di kawasan perhentian Gunung Semanggol untuk sarapan pagi. Perjalanan diteruskan lagi sehingga tiba ke destinasi pertama iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah pada pukul 11.38 pagi. Di sini, murid-murid dapat melihat banyak candi lama. Setelah itu, murid-murid diberi makan tengah hari pada pukul 12.20 tengah hari.
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Muzium Padi. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang satu jam. Pada pukul 2.50 petang , tibalah kami di Muzium Padi. Murid-murid diberi masa selama satu jam untuk melihat pameran yang telah disediakan di situ. Pada pukul 3.50 petang, kami mula bertolak ke destinasi yang seterusnya iaitu Muzium Negeri Kedah.
Murid-murid hanya diberi masa selama setengah jam untuk melihat pameran di situ memandangkan mereka perlu mengerjakan solat jamak Zohor dan Asar di masjid . Setelah selesai mengerjakan solat jamak, perjalanan diteruskan lagi ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Pekan Rabu.
Kami tiba di Pekan Rabu pada pukul 6.00 petang. Murid-murid diberi masa selama satu jam untuk membeli buah tangan untuk keluarga.
Setelah itu, perjalanan diteruskan untuk pulang ke Pantai Remis. Kami singgah sembahyang jamak Maghrib dan Isyak di Hentian Bukit Merah, Semanggol.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di perkarangan SK Pengkalan Baharu tepat pada pukul 12.00 tengah malam.
0 comments
Post a Comment